There was an error in this gadget

Monday, July 6, 2009

WelcomE HomE FadzreaL !!

Apple Ba'Kalalan... hehe masih Bahagian Limbang..

Klinik Baru Klinik Kesihatan Penganan..

Klinik Gotong Royong .. Klinik Desa Penganan..

Limbang My eX Workplace...

Hampir 9 tahun diperantauan... but still in one land lah... now im at Kuching, ada lega sikit sebab berdekatan dengan keluarga dan sahabat handai. Memang tidak dinafikan suasana di sini agak sibuk, maklumlah bandaraya tapi sini tempat aku bangun...

Dulu aku pernah di klinik yang hampir roboh di Klinik Desa Penganan, aku bangun dan menunggu klinik baru Klinik Kesihatan Penganan, di situ aku rasa semangatku kembali pulih untuk berkhidmat untuk masyarakat, 6 tahun aku di klinik di pedalaman Limbang dengan agak mewah dan rileks nya tetapi jiwa aku meronta untuk membangunkan diri.... he he ..

Sebenarnya bukan itu target aku, aku nak update pengetahuan aku berkenaan karier aku, pada 12/2006 aku berpindah ke Hospital Limbang, dan bertugas di Jabatan Kecemasan & Trauma. Di sana aku mula bersemangat bekerja, aku suka di sana.. semua orang perlukan aku, sayang aku....

Aku mula melangkah, aku bertekat nak ambik Posbasik Kecemasan nama sekarang "Advance Emergency Madical And Trauma Care" selama 6 bulan, tinggal lagi anak bini aku... apa bleh buat.. tu je cara nak tingkatkan diri walaupun tak bertingkat tingginye..hehe... lepas itu aku bekerja semula di Hospital Limbang hampir 3 tahun.. aku mintak ke Jabatan Kecemasan & Trauma di Hospital Umum... wow.. lagi lah mencabarkan... tapi aku suka..bukan pasal RM100 kawan... pasal skill aku yang aku ada ...sayang sayang..

Ha ha ha.. yang suprizzzeee nya skarang aku bepindah ke Madical HQ unit yang aku tak bermimpi pun aku pegi.. AIDS/STD Section di Jabatan Kesihatan Negeri... Ok OK bagus, bagus.. aku terima.. tapi start dari mula or kosonglah lah... aku baca buku apa saja pasal kerja aku skarang... nasib skarang dunia kecik sebab ada Internet atas meja aku.. hahahah..

Ok lah dipendekkan cerita... Aku suka tempat aku skarang Boss best, chief best, Sister best.. segala2 best lah... cuma aku kadang2 terfikir.. klau aku tak cuba tingkatkan diri aku skarang.. aku akan ketinggalan pasal klinikal aku yang aku sayang... aku mesti bertekat.. mesti ada topi segi empat... hehe dan teruskan perjuangan aku di unit aku skarang...

Apa-apa pun.. aku sik akan diam... hehehe