Thursday, July 21, 2011

Selamatkan Kawan Yang Akan terSCAM FOREX..


Kisah Benar berkenaan ForeX bagi kawan2 yang semakin kusyuk ::: nah untuk mu ::: dan bukan apa "Sharing is Caring" kan kan....


Mengapa BNM Begitu Tegas dengan FOREX ?

FOREX merupakan pasaran kewangan yang paling volatile. Dalam erti kata lain ia amat berisiko. Jesteru, BNM mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan rakyat Malaysia dimanipulasi oleh golongan-golongan tertentu yangingin mengambil kesempatan. (saya setuju dengan “Mungkinscam” mengenai isu ini.)


Jadi Apakah Melibatkan Diri Dalam FOREX itu Salah?

YA dan TIDAK.

Kita perlu melihat isu ini dari konteks undang-undang. Mengikut Perkara 4(1), ECA 1953, Di Malaysia, hanya mereka yang berdaftar sahaja boleh berurusniaga FOREX dan EMAS. Dalam erti kata lain, mana-mana yang tidak berdaftar tidak boleh berurusniaga FOREX di Malaysia ini. Di Malaysia agen-agen FOREX berdaftar merujuk kepada Pengurup Matawang Berlesen (BNM)
Secara mudah, melalui konteks ECA 1953, anda tidak boleh menjalankan aktiviti tukaran wang asing seperti pengurup mata wang jika tidak berlesen. Simple as that.


Bagaimana Dengan FOREX Trading Melalui Internet?

Inilah yang menjadi isu apabila ECA dibaca secara buta tuli dan “Mungkin”. Lantas, semua yang berkaitan FOREX akan dihentam tanpa sebarang rasa rendah diri bahawa mungkin yang menghentam tu pun tak tahu undang-undang sebenarnya. Nama pun “MUNGKINscam” kan..
Untuk makluman semua termasuk “MUNGKINscam”, ECA 1953 DIKEMASKINI pada tahun 1969. Saya ulang, 1969… Jesteru, tiada satu peruntukkan khas yang benar-benar jelas untuk mengawal selia urusniaga FOREX melalui internet ini memandangkan penggunaan Internet untuk FOREX trading bermula sekita 1990-an.

Yang salah dalam ruang lingkup ECA 1953 adalah menjalankan urusniaga jual beli matawang asing tanpa lessen, atau membantu, memujuk dan mengiklankan perkhidmatan berkaitan DI MALAYSIA samada kepada Residen atau Non- Residen.
Realiti FOREX Trading Sekarang
Memandangkan Malaysia tidak mempunyai broker yang sah untuk menguruskan urusniaga FOREX, maka sesiapa yang mempunyai kemampuan boleh saja berurusniaga dengan broker-broker berdaftar di Negara-negara maju yang lain seperti UK atau US. Broker-broker seperti FXCM, Interbank etc, adalah broker yang SAH dari segi perundangan Negara mereka.

Apabila rakyat Malaysia menggunakan broker ini sebagai platform, samalah seperti kita membeli pelaburan di Negara UK atau US dan ia tidak termasuk di bawah bidangkuasa ECA 1953 dalam konteks yang dinyatakan tetapi termasuk dalam EXCHANGE CONTROL NOTICES 9 –Investment Abroad di bawah tajuk ini: (ECM9)

“Investment By Individual” - A resident individual with domestic ringgit credit facilities is allowed to convert ringgit into foreign currency up to RM1 million per calendar year for investment in foreign currency assets.

Kalau Residen yang ada pinjaman domestik pun dibenarkan, apalagi kalau duit sendiri… Jadi kalaupun nak jadi isu adalah sekiranya, jumlah pelaburan luar Negara melebihi limit yang ditetapkan, itu saja..


Jawab hujah “MUNGKIN Scam”

MS: Trader beranggapan mereka trade dalam market, tetapi hakikatnya trader hanya bermain dengan broker. Broker boleh mengawal keseluruhan operasi trading dari software khas. Dengan kata lain, trader sebenarnya tertipu.

Betarian: Broker hanya menyediakan platform utk urusniaga, sama seperti broker saham lah. Bukti bahawa bukan broker yang menentukan rates adalah rates yang dinyatakan adalah konsisten dengan rates yang dipaparkan di sumber berita seperti Bloomberg dan sebangainya.

MS: Kebanyakan broker mengaku sebagai pemilik lesen yang sah, sedangkan sebenarnya tidak.

Betarian: KEBANYAKAN bukan SEMUA. Jadi sapa suruh trade dengan broker yang tak sah.. check la dulu… jangan main MUNGKIN aje….

MS: Trader dalam erti kata lain, berjudi dengan trader lain dan bermain dengan broker. Penjudi yang kalah akan dipastikan sentiasa lebih ramai dari penjudi yang menang. Broker yang untung.

Betarian: Trader tidak berjudi. Kami memasuki pasaran berdasarkan Technical Analysis dan Fundamental Analysis kami. Sama seperti pelabur saham. Dan untuk pengetahuan MS, broker bukan memperoleh keuntungan melalui kerugian traders tapi spread yang dikenakan sebelum transaksi dibuat. Mungkin MS dulu masuk tanpa ilmu dan berjudi tak? MUNGKIN la…

MS: Trader yang kalah tidak akan menyalahkan broker kerana sentiasa menyalahkan diri sendiri, robot atau news.

Betarian: La.. kenapa nak salahkan orang kalau memang salah sendiri? Takkan mereka yang rugi saham nak pergi bakar broker? Patutla MS tulis macam ni.. suka menyalahkan orang. Diri sendiri yang takde ilmu sebenarnya.

MS: ’FOREX’ dalam konteks artikel ini adalah scam terancang dan sangat licik.

Betarian: Yang salah bukan FOREX, tapi mereka yang mengambil deposit daripada orang lain secara tidak sah dan menjalankan pelaburan bagi pihak tuan punya duit tu… kalau duit sendiri, kita trade sendiri, guna broker sah macam FXCM ke Interbank ke takde masalah.. sila baca ECM9…


KESIMPULAN

Harap artikel ini dibaca secara rasional dan terbuka. Kesimpulannya:

  1. FOREX bukanlah satu scam. Yang scam hanyalah orang yang menggunakan FOREX untuk menipu orang lain dengan MENGAMBIL DEPOSIT SECARA TIDAK SAH seperti Skim Pak Man Telo, dan seumpamanya.
  2. Carilah Broker yang sah dan berdaftar di UK atau US seperti FXCM atau Interbank untuk pelaburan FOREX anda.
  3. Sebolehnya, jangan beri wang anda kepada orang lain untuk dilaburkan. Duit anda, biar anda yang trade. Pelaburan FOREX perlu dipelajari dan didalami kerana ia bukan PERJUDIAN TOTOK, ia adalah seperti perniagaan.
  4. Kepada sesiapa yang merasakan FOREX itu salah, jangan cepat menuding jari mengatakan orang yang terlibat dengan FOREX itu Bodoh dan low mentality… MUNGKIN ada yang tertipu, tapi itu bukan salah FOREX.. itu salah diri sendiri yang tidak mempunyai ilmu….. MUNGKIN…
Wassalam.

SUMBER ASAL : betarian

3 comments:

  1. Broker instaforex juga salah satu broker yang sah dan berlesen.saya suka bahagian kesimpulan no 4 dimana tidak ada trader yang low mentality.Forex tak salah.

    ReplyDelete
  2. saya minat forex & komoditi ... pernah rugi dan pernah untung... sebagai trader kita perlu matang... jangan salahkan broker kalau rugi....

    ReplyDelete
  3. broker liteforex juga broker berlesen..dah ramai yang berjaya dengan liteforex..
    saya pernah margin call 2x..sebabnya..saya belum cukup ilmu tapi rasa nak try real akaun..perjuangan tetap diteruskan..

    ReplyDelete